LESSONS OF MOVIE

 

    Menyaksikan filem atau drama Korea memang selalu menarik. Bahkan jarang-jarang filem yang sudah ditayangkan pada beberapa tahun lalu boleh kembali hadir dan ramai yang menontonnya lagi. Salah satunya cerita “W Two World” yang mula ditayangkan pada tahun 2016 lalu namun kini kembali ramai membicarakan termasuk saya yang baru sahaja menontonnya. Cerita Korea ini  pertamakali ditayangkan di MBC. Dibintangi oleh pelakon yang tampan dan dikenali ramai serta juga mempunyai ramai peminat dari Malaysia iaitu Lee Jong Suk dan pelakon cantik Han Hyo Joo. Melihat jalan ceritanya, filem yang ditulis Song Jae Jung ini bergenre fantasi-romantik.



    Untuk jalan ceritanya, cerita ini mengisahkan tentang Kang Chul yang dilakonkan oleh Lee Jong Suk, lelaki yang bernasib menyedihkan kerana seluruh anggota keluarganya mati akibat ditembak. Lebih menyedihkan lagi tentang kes kematian keluarganya adalah Kang Chul dituduh sebagai pembunuhnya. Tidak hanya berdiam diri sahaja , ketika dewasa Kang Chul menyelidiki tentang kes pembunuhan tersebut dengan sendiri. Selepas keluar dari jeriji besi, Kang Chul mendirikan stesen penyiaran untuk mencari pembunuh keluarganya. Selain itu Oh Yeon Joo iaitu watak bagi pelakon Han Hyo Joo yang bekerja sebagai doktor mencari kehilangan ayahnya yang merupakan penulis webtoon atau komik popular berjudul “W”. Suatu ketika Yeon Joo memasuki ruang kerja ayahnya, dia melihat sesuatu yang aneh yang keluar dari komputer ayahnya. Tiba-tiba sebuah tangan dari komputer ayahnya itu, menarik Yeon Joo seperti membawanya ke sebuah bangunan yang di dalamnya terdapat tubuh Kang Chul penuh darah. Seakan berada di dua dunia berbeza iaitu dunia nyata dan dunia komik, Yeon Joo semakin sering menemukan kejadian aneh. Tidak bersendirian, kerap kali dia menemukan berbagai kejadian tersebut bersama Kang Chul. Untuk tahu lebih lanjut saya syorkan anda tonton di aplikasi viu secara percuma.


   Lebih baik saya huraikan pengajaran yang terdapat dalam cerita ini yang menyebabkan saya menontonnya , antaranya adalah sikap perikemanusiaan. Contohnya Oh Yeon Joo yang menolong Kang Chul yang sedang belumuran darah walaupun dia tidak pernah sesekali mengenali Kang Chul tersebut. Dia melakukannya walaupun dia seorang doktor baru. Dia juga membantu bukan sahaja atas sebab kerjanya sebagai doktor malah sikap perikemanusiaan yang akan menolong sesiapa sahaja dalam kesusahan. Selain itu, pengajaran yang terdapat dalam filem ini adalah sikap baik hati. Oh Yeon Joo yang mahu hidup Kang Chul diakhiri dengan pengakhiran yang gembira walaupun Kang Chul adalah seorang yang hanya hidup di dalam komik yang diciptakan oleh ayahnya sendiri. Dia berasa kasihan terhadap pengakhiran Kang Chul yang akan dibunuh sebelum mengetahui pembunuh sebenar keluarganya. Dia juga berniat akan mengubahkan pengakhiran tersebut walaupun pengakhiran itu diciptakan oleh ayahnya sendiri atas sebab tertentu.



    Pengajaran seterusnya ialah sikap tidak berdendam Kang Chul yang tetap cuba menyelamatkan Seong Moo iaitu penciptanya yang mahu membunuh dirinya sendiri. Kang Chul yang sangat baik hati tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa walaupun yang akan membunuhnya. Pengajaran terakhir adalah sikap sanggup berkorban untuk orang yang tersayang. Seperti Seong Moo yang sanggup mati di dalam komik kerana mahu anaknya bahagia di dunia nyata. Di dalam adegan ini, salah seorang mesti tinggal di dalam komik jika mahu hidup di dalam dunia nyata.

  


Akhir sekali, walaupun filem ini sangat fantasi dan imaginasi yang tinggi , namun terdapat pelbagai pengajaran yang boleh kita ambil dan amalkan di dalam kehidupan kita untuk terus maju ke hadapan. Saya sangat mengesyorkan filem ini bagi sesiapan yang sangat meminati filem atau drama korea yang masih belum menontonnya lagi.

Comments