MY FAVOURITE ARTIST
Tidak perlu
diperkenalkan lagi, siapa gerangan di atas. Pasti ramai yang sudah mengenalinya
selepas beliau mengubah imejnya untuk memakai niqab. Saya meminati beliau sejak
beliau terkenal menerusi lakonannya di dalam drama “Suri Hati Mr.Pilot” yang
bersiaran di Astro Ria. Nama sebenarnya ialah Noor Neelofa binti Mohd Noor dilahirkan
pada 10 Februari 1989 merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita
Malaysia. Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja
2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau
Yang Terindah yang bersiaran di TV3. Beliau mendapat namanya dari nama
"Niloufar" yang bermaksud bunga teratai dan lebih mesra dengan
panggilan Lofa oleh kalangan ahli keluarganya.
Saya bukan sahaja meminatinya kerana rupanya yang cantik oleh kerana ibunya merupakan anak kacukan Pakistan dan Arab. Malah beliau juga pandai dalam pelajaran. Beliau memperoleh keputusan lima A dalam UPSR dan kemudian belajar di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan mendapat keputusan cemerlang dalam kedua-dua iaitu 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway (kini Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor. Dengan keputusan ini tidak hairanlah beliau merupakan usahawan yang berjaya sekarang.
Saya juga
meminatinya kerana beliau seorang yang sangat baik hati dan suka menolong orang
yang memerlukan. Pada 18 Jun 2020, beliau menubuhkan pertubuhan kebajikannya
sendiri iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa yang bertujuan bagi membantu insan yang
memerlukan. Beliau juga berkata pada temuramah BH Online , “ia adalah platform
terbaik untuknya mendekatkan diri dengan masyarakat secara menyeluruh.
Sejujurnya, saya sudah lama berhajat membangunkan pertubuhan demi membantu
golongan yang memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa membabitkan
saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan mendalami
masalah dihadapi oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang
yang memerlukan bantuan di laman Twitter, saya akan cuba mendekati individu
berkenaan dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti
ini,". Kata-kata ini sangat menyentuh hati saya. Beliau memanfaatkan
popularitinya untuk membantu golongan yang memerlukan.
Beliau yang pernah mengejutkan industri tanah air dengan mengenakan hijab pada tahun 2014. Kata baliau, dirinya mengambil keputusan mengenakan hijab adalah ikhlas dari hati tanpa paksaan mana-mana pihak. Namun pada tahun, sekali lagi beliau membuat kejutan untuk memakai niqab. Keputusan ini sangat mengejutkan peminatnya . Jelas sekali beliau sangat ikhlas dalam membuat keputusan ini kerana beliau sanggup mengorbankan rupanya yang cantik. Katanya, untuk mencapai impiannya, beliau perlu mengorbankan apa yang dirinya suka sekarang. Iaitu rupanya. Beliau selalu berkongsi doa-doa, kata-kata hikmah di dalam ruang media sosialnya. Dengan cara ini beliau telah memberi inspirasi kepada anak muda yang lazimnya selalu berada di media sosial.
Terlalu banyak
sebab saya meminatinya, namun ini sahaja yang dapat saya curahkan sekarang.
Saya harap Neelofa istqamah dalam apa jua perkara baik yang dilakukannya
sekarang dan semakin berjaya pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment