MY FAVOURITE FOOD
Sebut sahaja tentang makanan kegemaran, sesetengah kaum wanita mesti pening untuk memilih makanan yang menjadi kegemarannya kerana terdapat banyak makanan yang diminati baginya :) . Juga bagi saya yang sangat mengemar makanan. Tapi pada waktu ini, saya memilih lasagna sebagai makanan kegemaran saya kerana sudah lama saya tidak makannya. Kali terakhir saya menjamah lasagna, adalah ketika kawan saya memberi lasagna kepada saya untuk saya rasakan masakan yang dibuat olehnya sendiri. Lasagna adalah makanan yang berasal daripada negara Itali negara yang sangat dikenali sebagai negara yang berjaya dalam bidang kulinari serta dikenali dengan 400 jenis keju disamping 300 jenis sosej yang dimiliki mereka.
Orang Itali telah memperkenalkan makanan tersebut yang terkenal sebagai hidangan yang cukup kaya dengan aroma dan rasa, yang kini boleh didapati di seluruh pelusuk dunia. Lasagna ialah sejenis hidangan yang dibuat daripada tepung dan campuran isian lainnya ini menjadi semakin terkenal saat serial kucing Garfield yang menjadikan menu makanan italia ini sebagai masakan kesukaannya Makanan dari Italia ini juga sudah mulai terasa umum dan banyak disajikan di berbagai restoran yang bukan khusus menyajikan masakan Italia sekali pun. Di dalam lasagna kebiasaannya berisi daging, keju, sosej, sayuran, mozzarella, makanan laut dan lain sebagainya. Anda juga boleh menambah isi yang lain berdasarkan kepada kesukaan anda saat hendak membuat atau memesan lasagna. Makanan itali terkenal kerana sosnya yang khas, begitu juga pada lasagna yang dibuat dengan menggunakan sos istimewa untuk membuat rasanya menjadi lebih lazat.
Selain daripada lasagna yang merupakan dari negara Itali itu, saya juga sangat mengemari makanan negara kita sendiri iaitu nasi lemak. Nasi lemak juga adalah makanan kegemaran bagi ramai orang terutamanya saya. Nasi lemak ialah nasi yang dimasak dengan menggunakan santan bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Antara bahan-bahan lain yang dimasukkan semasa memasaknya ialah hirisan halia dan bawang merah. Nasi lemak biasanya dimasak secara biasa atau dikukus. Nasi lemak akan dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan sambal. Kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk di antaranya ialah ayam goreng, ayam goreng berempah, sambal kerang atau sambal sotong mengikut pilihan selera masing-masing.
Nasi lemak amat mudah didapati. Ramai peniaga yang
menjualnya sama ada di tepi-tepi jalan, warong-warong, restoran-restoran atau
‘kopitiam’. Berbagai cara digunakan untuk membungkus nasi lemak. Cara
pembungkusan yang selalu digunakan adalah secara dimasukkan di dalam bekas
‘polystyrene’. Daun pisang selalunya digunakan untuk melapik nasi semasa
dibungkus menggunakan plastik dan surat khabar. Ini memberi bau harum apabila
hendak dimakan.Kini nasi lemak bukan lagi menjadi sajian semasa sarapan pagi.
Ramai orang menikmati nasi lemak sebagai makan tengah hari atau malam. Ia
dianggap sebagai makanan segera kerana ia murah, mudah disediakan dan cepat
untuk dihidangkan. Saya rasa itu sahaja makanan kegemaran saya sekarang :) .
Comments
Post a Comment