MY HOMETOWN

 

             Kampung saya dinamakan sebagai Kampung Berangan Sembilan yang terletak di Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kampung saya sangat padat dengan rumah kerana kebanyakkan anak-anak kampung membina rumah sendiri berdekatan dengan rumah keluarga mereka. Perkara ini disebabkan, kebanyakkan penduduk kampung ini mempunyai tanah kepunyaan sendiri yang besar. Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh sebahagian daripada anak desa yang bekerja di kampung seperti berkebun, , menguruskan ladang kelapa sawit dan sebagainya.  Ada juga yang bekerja di bandar dan berulang alik dari kampung ke bandar. Oleh hal yang demikian, kampung saya sangat meriah.

 


Bagi saya, suasana kampung sangat mendamaikan kerana jauh dari bandar yang bising dengan pelbagai bunyi kenderaan, pembinaan dan sebagainya. Pemandangan juga memainkan elemen yang penting bagi memberi ketenagan kepada yang melihatnya seperti kampung saya yang kaya dengan kehijauan  tumguh- tumbuhan yang memberi pemandangan yang cantik serta udara yang segar dan nyaman. Alhamdulillah, setakat ini kampung saya masih tidak dicemari dengan segala jenis perbuatan pencemaran lagi. Masyarakat kampung saya juga saling mengenali jiran masing-masing dan mengamalkan silatulrahim. Mereka juga mengamalkan sifat saling bantu-membantu seperti pada Hari Raya Aidiladha. Ramai orang yang sukarela untuk membantu dalam aktiviti korban yang dijalankan di kampung saya. Penduduk kampung saya juga saling menghormati antara satu sama lain. Saya sangat menyukai susasana Hari Raya Aidilfitri, kerana bagi saya jiran adalah individu yang memberi maksud nikmat suasana Aidilfitri selepas kaum kerabat dan keluarga tersayang.

 

Terdapat beberapa aktiviti tahunan yang dijalankan di kampung saya, contohnya aktiviti gotong royong. Aktiviti ini akan dijalankan pada setiap enam bulan sekali. Aktiviti ini diakhiri dengan jamuan makan yang akan memberi keseronokan selepas berhempas pulas membersihkan kampung. Selain itu, sambutan Maulidur Rasul. Penduduk kampung akan bersama-sama berarak sekeliling kampung. Seterusnya, pada Tahun Baru Cina di kampung saya, saya akan melihat pertunjukkan tarian naga dan setiap kanak-kanak yang datang melihat akan menerima ‘angpau’. Namun pada tahun ini kebanyakkan aktiviti yang melibatkan perhimpunan tidak dapat dijalankan disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang menyerang negara kita pada tahun 2020.

 

Bukit Mertajam

Jika diberi pilihan, saya lebih memilih untuk tinggal di kampung berbanding tinggal di bandar. Ini kerana suasana di kampung yang aman damai amat menenangkan jiwa dan jauh dari kesibukan ibu kota. Oleh itu, tidak hairanlah ada di antara mereka yang sanggup berulang alik dari rumah yang berada di kampung ke tempat kerja mereka.

Comments