MY IDOL
Saya sangat meminati e-sukan yang mula berkembang di
Malaysia ini. Oleh disebabkan itu, saya sangat mengidolakan “maharaja” Malaysia
dalam e-sukan ini, iaitu Maharaja Soloz atau nama sebenar ialah Faris Zakaria ,
27 tahun. Pada mulanya tidak menyangka negara kita akan mempunyai personaliti
e-sukan yang boleh menyaingi populariti artis tanah air. Tapi hari ini, kita
mempunyai Soloz yang sekarang mencipta fenomena tersendiri sebagai atlet
e-sukan dan juga streamer Facebook Gaming. Dengan pendapatan sebagai penghibur
penstriman langsung di bawah program Facebook Gaming Creator, Soloz membuktikan
kerjaya ini bukanlah sia-sia dan ia bukan sekadar bermain game. Mereka perlu
berinteraksi bersama peminat sepanjang strim berlangsung. Soloz antara pemain terawal bagi permainan
Mobile Legends: Bang Bang yang dilancarkan sejak 2016. Beliau bersama ahli
pasukan Mysterious Assassin (MyA) iaitu King. Zyzz, Sh4dow, 2ez4jepv beraksi
bersama sejak 2016 lagi sebelum menyertai AirAsia Saiyan pada 2018.
Menurut laporan Astro Awani, Soloz pernah meraih tiga pencapaian antaranya MPL 2018, Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP ketika bersama MyA. Sepanjang bersama AirAsia Saiyan, Soloz juga pernah memenangi kejohanan Gegaria Fest Putrajaya menentang MyA yang mana mereka telah membawa pulang RM5,000. Tapi ternyata, kemuncak kariernya apabila bersama Bosskurr selepas memenangi Todak Fest. Dalam perlawanan best of 1 tersebut, mereka berjaya memenangi RM50,000 selepas menang ke atas MyA. Bersama Bosskurr juga, populariti Soloz tetap meningkat walaupun tidak lagi bersama AirAsia Saiyan malah lebih ramai lagi memberi sokongan kepada setiap ahli ini selepas mereka keluar. Soloz dikira OG ataupun pemula bagi tumpuan kepada arena kompetitif Mobile Legends di Mala.
Antara sikap yang
menyebabkan saya meminati beliau adalah beliau seorang yang sangat rendah diri
dan tidak bermegah dengan harta yang ada. Pada tahun lepas, di dalam satu video
youtube DaddyHood, streamer tanah air ini membeli kereta Mustang terbaru dengan
memakai selipar sahaja sambil bayar secara tunai. Selain itu, beliau juga
seorang yang sangat pemurah. Ramai yang menyukai Soloz kerana dia memanfaatkan
popularitinya untuk membantu golongan memerlukan. Siapa yang mengenalinya akan
tahu Soloz kerap juga melakukan penstriman amal menerusi Facebook Page yang
mana dia akan mengumpulkan dana melalui sumbangan berbentuk Facebook stars.
Salah satu charity stream oleh Soloz (Team Bosskurr) ialah bantuan kepada adik
Muhammad Awal Nedim yang menghidapi penyakit salur darah tersumbat. Melalui
strim itu, Soloz berjaya mengumpulkan sebanyak 861,427 bintang bersamaan
RM35,900. Sekarang, Team Bosskurr juga ada menganjurkan Bosskurr Cup (Piala
Amal) yang mengumpulkan RM15,000, melibatkan pasukan-pasukan internal dan juga
pasukan jemputan bertanding secara dalam talian. Sumbangan prizepool itu akan
didermakan kepada badan kebajikan yang memerlukan.
Seterusnya, beliau juga tidak sombong dan mesra peminat. Salah satu kelebihan Soloz sebagai seorang ‘selebriti’ dalam dunia gaming ialah sifat mesra beliau terhadap peminat dan senang didampingi. Kebanyakan semasa Soloz di tempat pertandingan, pasti beliau akan mengambil masa untuk menangkap gambar swafoto bersama peminat. Biarpun baru saja kalah atau tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya dalam pertandingan tersebut, Soloz tetap bersama peminatnya yang tujuan sebenarnya ada datang dari jauh semata-mata untuk bertemu dengannya. Peminatnya juga kini boleh mendapatkan merchandise seperti hoodie, jersey dan topi di Instagram @soloz_merchandise. Kadang- kadang Soloz juga akan memberikan merchandise ini secara percuma kepada peminatnya.
Akhir sekali, sejak negara kita diserang pandemik COVID-19, ramai yang mula menceburi bidang penstriman sebagai kerjaya setelah Soloz dapat membuka mata masyarakat terhadap e-sukan ini termasuk juga artis-artis Malaysia contohnya Yana Samsudin, Zahiril Adzim dan Elizabeth Tan. Ini juga disebabkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan mengumumkan pelan strategik pembangunan e-sukan negara dari tahun ini sehinggalah tahun 2025. Industri e-sukan juga dapat peruntukkan sebanyak RM20 juta dari kerajaan. Ini menunjukkan kerajaan juga memberi perhatian terhadap industri e-sukan ini yang telah memberi keuntungan sebanyak US$ 1 bilion pada tahun lepas. Saya berharap kepada streamer-streamer baru berjinak dalam kerjaya ini dapat mencontohi Soloz yang membuktikan kerjaya e-sukan juga boleh berjaya dengan menunjukkan sikap yang baik kepada masyarakat.
Comments
Post a Comment