MY HOMETOWN
Kampung saya dinamakan sebagai Kampung Berangan Sembilan yang terletak di Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kampung saya sangat padat dengan rumah kerana kebanyakkan anak-anak kampung membina rumah sendiri berdekatan dengan rumah keluarga mereka. Perkara ini disebabkan, kebanyakkan penduduk kampung ini mempunyai tanah kepunyaan sendiri yang besar. Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh sebahagian daripada anak desa yang bekerja di kampung seperti berkebun, , menguruskan ladang kelapa sawit dan sebagainya. Ada juga yang bekerja di bandar dan berulang alik dari kampung ke bandar. Oleh hal yang demikian, kampung saya sangat meriah. Bagi saya, suasana kampung sangat mendamaikan kerana jauh dari bandar yang bising dengan pelbagai bunyi kenderaan, pembinaan dan sebagainya. Pemandangan juga memainkan elemen yang penting bagi memberi ketenagan kepada yang melihatnya seperti kampung...